Assalamualaikum. Untuk entry kali ini, aku nak cerita pengalaman aku ke Air Terjun Bekelah,Pahang. Event berkelah ni, aku pergi dengan sembilan orang kawan aku, semuanya aku kenal dari UEM Program.Kami bertolak dari Ampang pada pukul 11 malam, dan tiba di tol srijaya, Maran, Pahang, pada pukul 2 pagi. Kami berhenti rehat disitu, dan ambil keputusan tidur dekat tol tu sehingga subuh. Tapi masing masing tak cukup tidur, manakan tak, di sebatnya main teka teki lah, shumoku la, deal challenge la, last last masing masing tidur pukul 4.30 pgi. Memamg rabaklah mata.hahaha. Tapi pasal dah excited sangat, rasa mengantuk tu hilang.
Kitorang gerak dari tol srijaya tu pkol 5.30 pagi, dan tiba dekat Masjid Kg Gelugor untuk solat subuh pada pukul 6pagi.Usai je solat subuh, kitorang mula punggah barang untuk dibawa naik keatas. Masing masing ad role sendiri. Jarak dari masjid ke tempat mendaki tu sejauh 5km, jadi kami dah sewa jeep untuk bawa kami dari masjid ke sana. Sebelum mendaki tu, ingtkan perjalanan 2 jam tu takde ape. Nah!! Serius penat, since aku lepas operate lutut, aku tak involve lgi dengn hiking. Ini kira, kali pertama hiking lepas operation tu. Penat memang penat. Tapi, once dah sampai atas sana, rasa sangat sangat puas.
Perjalanan Bermulaaaa
SubhanAllah, itu la ungkapan aku yg pertama bila sampai kat atas tu. Cantik, sungguh cantik.
Air Tejun Berkelah.
Sampai saja atas tu, kami dah start masak untuk makan tengahari, masing masing dah lapar sangat. Alhamdulillah, segala urusan kami berjalan dengan baik dan tiada masalah.Puas hati dapat mandi dekat air terjun tu. Air nya sejuk, dan dalam. Memang best. Dan aku dapat rasa pengalaman terjun dari batu tu setinggi 7m. Cerita pasal terjun ni, semasa kami semua nak balik, tengah siap2 berkemas, kami dikejutkan oleh satu peristiwa yg agak mengerikan. Kejadian tu betul2 berlaku depan aku. Ada seorang perempuan nie, nak terjun dari puncak yg tinggi nya 7m, tpi malang tidak berbau, beliau jatuh dekat batu bawah tu. Aku tak tau ape yg jadi dekat dia, semoga cepat sembuh.
Yg penting objective aku dah tercapai. Sebelum pergi hiking nie aku ada set 3 objektif.
- Nak have fun dengan member member.
- Nak baca Al-quran dekat tepi air terjun nie.
- Nak lompat dari ketinggian 7m tu.
Alhamdulillah, semuanya sudah tercapai. Jom balikkkkk!!!
![]() |
Ketaq lutut woii !!! |