Friday, 12 May 2017

Pengalaman Interview TNB

Assalamualaikum. Untuk Entry kali ini, aku nak cerita pengalaman aku dapat interview dengan Tenaga Nasional Berhad. Umum tahu, bahawa TNB adalah satu satunya syarikat di Malaysia yang menyalurkan bekalan elektrik di seluruh negara. Antara syarikat besar di Malaysia yang gah sehingga sekarang.

26/04/2017- Aku dapat panggilan interview melalui email dan jawatan yang ditawarkan adalah Electrical Engineering. At first, memang terperanjat, sebabnya aku hantar resume aku kat website TNB, masa bulan 12. So memang tak expect langsung. Alhamdulillah, aku dipanggil. Interview dijadualkan pada 4/5/2017, iaitu seminggu dari tarikh berkenaan. Dalam email tersebut terdapat 2 attachment. Iaitu:

1. Declaration Form.
     Declaration form ni adalah borang untuk Butir butir diri.
2. Checklist for Interview.
    Borang checklist ni adalah satu borang yang mana segala dokumen diri perlu disiapkan untuk preparation semasa interview nanti. Antaranya ialah, resume, sijil lahir, slip gaji (bagi yang dah bekerja), sijil-sijil dan juga transkrip.

Pada hari jumaat minggu yang sama, ada satu ujian assesment test yang dibuat secara online. Assesment tu hanya untuk tentukan  personaliti diri anda. So be true to yourself. Ujian ni sekejap je.

4/5/2017- Hari yang dinantikan telah pun tiba. Aku sampai di bangunan  TNB di 2 sentral, KL pada pukul 7.40 pagi. Masa yang ditetapkan dalam surat jemputan interview itu adalah pada pukul 8 pagi.
Sampai-sampai disana sudah ada beberapa orang sudah menunggu dengan debar. Mungkin ada yang cuba mengingati fakta fakta atau pun segala bahan bacaan yg dorang baca, tak kurang juga ada yg cuba bertenang, dengan berdiam diri , ada juga yang rilek, tak fikir apa apa, berborak sakan. Aku dalam kategori debor. haha. Sedang menunggu untuk dipanggil temuduga, aku ternampak susuk tubuh yang aku kenal. Kawan rumah aku semasa degree dulu, turut dijemput untuk di interview. Alhamdulillah, hilang debor. Dri pada rasa takut, terus hilang malah terus berborak. haha.

Pada tepat pukul 8.30 pagi, staff TNB disana buat satu briefing ringkas. Oh ya, makanan pagi juga disediakan. Untuk interview ni, ada 3 peringkat. Pertama, writing test. Kedua, group discussion dan ketiga adalah personal interview.

1st hurdle. Writing test.
Writing test ni diberi selama 30minit. Tajuk yang aku dapat tempoh hari adalah How to save electricity. So, dalam tempoh masa 30minit tu pandai pandai la rangka karangan.

2nd Hurdle . Group discussion.
Untuk group discussion, kami telah diberikan kumpulan. Tajuk yang diberi adalah macam mana nak calculate power factor, terangkan power factor dalam bahasa yang mudah dan sebagainya yang berkaitan power factor. Masa yang diberikan adalah 45minit. Walaupun ini adalah group discussion tetapi penilaian adalah berdasarkan individual. So masa ni kena pandai tonjolkan diri sendiri.

3rd hurdle. Individual Interview.
Okay, ini adalah peringkat akhir, cara anda menjawab dan berinteraksi akan berikan pandangan positif pada pihak yang temuduga anda. Seperti biasa. Soalan soalan yg biasa kita dengar.
1. Tell me about yourself and family
2. why you want to work with TNB
3. What are the current issue with TNB
4. If you are selected to be part of TNB what can you give to us.
5. What are your planning in  future.
6. What are you doing with you current job.
7.What is the name of TNB CEO.
8. Tell me about your work experience.
9. If you are being located to any part of Malaysia, are you willing to?
10. Tell me about your FYP project.

So, interview aku tu berjalan dalam masa 15minit. Dalam masa tu, ada juga yang aku blank, tak dpt nak jawab. Contohnya seperti soalan no3. Tapi yang membuat kan interviewer tu tertarik dan aku dapat grab dia punya attention semasa aku terangkan aku punya FYP project. Masa tu banyak soalan yang diajukan pada aku. Usai selesai interview, aku bersalam dengan interviewer tadi, dan dia mengucapkan tahniah pada aku. Aku harap ucapan tahniah yang aku terima adalah satu hint yang aku lulus ujian temuduga ni. In shaa Allah.

Keputusan, ujian temuduga ini akan diumumkan pada pertengahan Jun nanti. Semoga ada rezeki aku dalam TNB ni, untuk aku capai cita cita yang telah aku simpan sekian lama.In shaa Allah. By pukul 12 aku dah habis di interview.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lanacar. Semoga ada berita baik yang aku terima bulan 6 nanti. In shaa Allah.

Thats all from me, semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat tenteramkan hati anda semua diluar sana yang dapat peluang untuk interview TNB ini nanti. Semoga berjaya.!!!!

2 comments: